Berita Al-Firdaus - ABIM Daerah Klang


1. PENDAFTARAN TASKI / TAHFIZ AL FIRDAUS KLANG TAHUN 2002
2. MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT
3. HARI KELUARGA TASKI AL FIRDAUS 2001 KALI KE 13

4. TASKI AL FIRDAUS ( MERU )
5. WALIMATUL URUS
6. KUTIPAN DERMA
7. KURSUS KEFAHAMAN ISLAM DAN METODOLOGI PENGAJARAN BAHASA ARAB
8. PROGRAM MOTIVASI DAN SEMINAR BERSEPADU PEPERIKSAAN SEK. REN. AGAMA DAERAH 9. KLANG TAHUN 2001
10. LAWATAN PENDIDIKAN KE ABIM PERAK
11. MAJLIS HI-TEA SUKARELAWAN HOSPITAL
12. JADUAL LAWATAN PELAJAR TASKI AL FIRDAUS KLANG
13. CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

 

PENDAFTARAN TASKI/TAHFIZ AL FIRDAUS KLANG Tahun 2002

Dibuka sekarang

a) 1/8/2001 hingga 16/11/2001
( Tutup Sabtu & Ahad , Cuti Umum, Cuti Pertengahan Penggal dan Cuti Al Firdaus )
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

b) Cuti Akhir Penggal
19 - 31/11/2001
1 - 8/12/2001
26 -31/12/2001
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang.
( Sabtu 9.00 pagi - 12.30 tgh. Ahad tutup)

 

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

Diadakan pada 15/7/2001 di TASKI Al Firdaus ( Jln. Kebun ) yang baru dan diwakafkan kepada Al Firdaus, beralamat di Lot 3606, Lorong Hj. Yusof, Bt. 7, Jln. Kebun, Klang.
Seramai 120 orang telah hadir yang terdiri dari ibubapa pelajar TASKI Jln. Kebun, exco/ahli ABIM Klang, Staf Al Firdaus dan AJK Hari Keluarga .
Majlis dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan bacaan Yasin dan doa selamat. Kemudian diteruskan dengan ucapan-ucapan dari :
- wakil tuan empunya tanah dan bangunan yang mewakafkannya kepada Al Firdaus
- Ketua Kampung Jln. Kebun Tn. Hj. Hussain Hj. Noor
- YDP ABIM Klang.
Majlis disempurnakan dengan penyerahan kunci rumah kepada Al Firdaus dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada pukul 1.00 tgh.

 

HARI KELUARGA TASKI AL FIRDAUS 2001 KALI KE 13

Meriah ! Itulah yang dapat digambarkan pada masa berlangsungnya Hari Keluarga Al Firdaus pada 29 Julai 2001 di Padang Venturen, Pelabuhan Klang. Sebanyak 4 buah TASKI cawangan Al Firdaus Klang telah mengambil bahagian. Lebih dari 1200 yang hadir terdiri dari pelajar-pelajar TASKI, ibubapa dan adik beradik pelajar sendiri.
Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Yusof Hasan, ahli Majlis Syura ABIM Selangor.
Seperti biasa banyak acara untuk pelajar TASKI dijalankan. Bagi keluarga pelajar acara terbuka diadakan dan dikategorikan kepada orang dewasa dan kanak-kanak ( 7 - 12thn. ). Seperti biasa di tahun-tahun lalu acara terbuka yang paling popular di kalangan bapa pelajar ialah tarik tali. Oleh itu pada tahun ini buat pertama kalinya ia telah dijadikan 4 kumpulan agar lebih ramai dapat menyertainya.
Syabas diucapkan kepada seramai 90 orang AJK yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Mereka terdiri dari exco dan ahli ABIM Klang, ahli Lembaga Al Firdaus, sukarelawan ABIM, ibubapa pelajar, ahli BADAN, staf Al Firdaus dan ahli PBSM.
Terima kasih juga kepada ibubapa yang banyak memberi kerjasama sewaktu berlangsungnya acara pelajar TASKI.
Terima kasih sekali lagi dari Al Firdaus untuk semua !

 

TASKI Al Firdaus ( Meru )

Oleh kerana kekurangan bilik darjah yang mendesak disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, sebuah bangunan tambahan akan dibina pada pertengahan bulan Ogos ini. Tempat pembinaan adalah di- antara bangunan blok A dan blok B.
Bangunan yang akan dibina adalah 2 tingkat ( sebuah kelas dan sebuah surau di bahagian atas manakala 3 buah kelas di bahagian bawah ).
Untuk pengetahuan ibubapa surau yang ada sekarang juga dijadikan kelas kerana kekurangan bilik darjah.

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui guru kelas atau terus ke pejabat Al Firdaus di Meru.

 

WALIMATUL URUS

Cik Normawati bt. Abdul Latif, guru di TASKI Al Firdaus ( BSS ) akan melangsungkan hari perkahwinan di kampungnya, Sekincan pada 9 Sept. 2001 dengan pasangannya iaitu En. Mohamad Ullul Azme bin Abdul Kadir. Majlis akad nikah ialah pada 1 September 2001. Selamat Menjadi Pengantin Baru.

 

KUTIPAN DERMA

Al Firdaus sangat mengalu-alukan sumbangan dari ibubapa untuk keperluan berikut :

TASKI Al Firdaus ( Jln. Kebun )
a) Membuat kaki lima beserta bumbung untuk menahan air hujan dan panas matahari dari memasuki kelas yang terletak sebelah kanan bangunan.
b) Membaiki lantai bilik air yang terletak di dalam rumah.
c) Membuat kabinet pejabat dan dapur.
Anggaran kos yang diperlukan ialah sebanyak RM 3200.00.

 

KURSUS KEFAHAMAN ISLAM DAN METODOLOGI PENGAJARAN BAHASA ARAB

2 orang guru Al Firdaus telah dihantar untuk mengikutinya iaitu Cik Nurul Hasanah Radzuan dan Cik Noorazlinda Hamdan.
Kursus diadakan dari 1/7/2001 hingga 14/7/2001 bertempat di Hotel De Palma, Ampang dan dibiayai oleh Kedutaan Arab Saudi.

 

PROGRAM MOTIVASI DAN SEMINAR BERSEPADU PEPERIKSAAN
SEK. REN. AGAMA DAERAH KLANG TAHUN 2001

Program sehari ini telah berlangsung pada 21 Julai 2001 di Sek. Ren. Agama Bukit Kapar Barat - anjuran Biro Kurikulum, Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Agama Jais Daerah Klang. Seramai 15 pelajar Tahfiz telah menghadirinya dengan diiringi oleh 2 orang guru tahfiz.

 

LAWATAN PENDIDIKAN KE ABIM PERAK

Program anjuran ABIM Daerah Klang pada 7 - 8 Julai 2001 yang lalu disertai oleh 35 orang yang terdiri dari exco,ahli, anak-anak ahli dan sukarelawan ABIM Klang serta staf Al Firdaus.
Tempat-tempat yang dilawati ialah :
- SRI dan Maahad Al Ummah di Chemor.
- TASKI Contoh Daerah ABIM Kinta.
- SRI Taiping,Zoo Taiping dan Muzium.
- PULARA (Pusat Latihan & Rekreasi
ABIM Perak )
Salah satu tujuan lawatan ialah mengeratkan lagi tali silaturrahim dengan ABIM Perak.

 

MAJLIS HI-TEA SUKARELAWAN HOSPITAL

Majlis anjuran IOA ( Islamic Outreach ABIM ) ini akan diadakan pada 4 Ogos 2001 bertempat di Hotel Seasons, Ampang. Guru Al Firdaus ( sukarelawan hospital ) yang akan menghadirinya ialah Cik Shakinah, Pn. Rosimah dan Pn. Marzidah.

 

Jadual Lawatan Pelajar TASKI Al Firdaus Klang

Tarikh Tempat
TASKI Meru - 4/8/2001 ( Sabtu ) Muzium TUDM, Masjid Negeri
TASKI Andalas - 11/8/2001 ( Sabtu ) Muzium TUDM, KLCC
TASKI J. Kebun - 11/8/2001 ( Sabtu ) Muzium TUDM, Tmn. Tasik Permaisuri
TASKI BSS - 18/8/2001 ( Sabtu ) Muzium TUDM, Pusat Sains Negara, KLCC

 

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
Mulai 7 hingga 18 September 2001 ( Jumaat hingga Selasa )

SELAMAT BERCUTI

 

ABIM SELANGOR

Laporan 2000/01
Muktamar 2000
Biro Helwa
______________

Berita al-Firdaus
______________

ABIM DAERAH

Tanjung Karang
Sabak Bernam
Petaling Jaya
Hulu Langat
Shah Alam
Serdang
Sepang
Klang
Bangi

___________

ALAMAT KAMI
Pusat Pendidikan ABIM Klang,
Lot 2792 Bt. 8,
Jln Meru Mukim Kapar,
42200 Klang. Selangor.