LAPORAN TAHUNAN SESI 2000/2001

MUQADIMAH

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi diatas rahmat dan inayahnya, sekali lagi kita bertemu dan berhimpun sekali lagi untuk bersama-sama dalam muktamar sanawi kali ke dua puluh sembilan (29).

SENARAI EXCO ABIM NEGERI SELANGOR  
Yang Di Pertua  : Tn. Hj. Mohamed Muslimin b. Hj. Yaakop  
Timb. Yang Di Pertua   : Ustaz Mat Radzi b. Hj. Mat Ali  
Setiausaha  : Sdr. Ahmad Zahir b. Makhtar  
Setiausaha Kewangan  : Ustaz Abd. Malek b. Awang Besar  
Ketua B. Pendidikan  : Sdr. Ahmad Razef b. Abd. Rahman
Ketua B. Penerangan     : Sdr. Hj. Tarmizi b. Saad  
Ketua B. Dakwah   : Ustaz. Kamaruddin b. Mat Diah  
Ketua B. Penyelidikan   : Sdr. Shamsuddin b. Zainal  
Ketua B. Siswazah  : Sdr. Kamarulzaman b. Abd. Karim  
Ketua B. Kebajikan  : Sdr. Norman b. Saat  
AJK B. T.Tugas Khas   : Sdr. Tarmili b. Dulah Kusni  
   : Ustaz Mohd Yusuf b. Yusak

          

v     SEKRETARIAT ABIM NEGERI

Pusat Pendidikan ABIM Klang,
Lot 2792 Bt. 8, Jln Meru Mukim Kapar,
42200 Klang, Selangor.

Telefon : 03 33924652/ 33928192
Fax         : 03 33924652

 

AKTIVITI ABIM NEGERI SELANGOR

Ø      Mesyuarat  Exco ABIM Negeri Selangor

Sebanyak 10 kali diadakan termasuk mesyuarat Mahabbah
bagi membincangkan dan menyusun  program ABIM serta
hal – hal berkaitan masyarakat.

Ø      Majlis Syuro Negeri

Diadakan di rumah Ust. Ahmad Zaki b. Abd. Latif pada 3 Mac 2001

Ø      Usrah Mantan dan Mesyuarat Exco Negeri

Diadakan setiap 2 bulan sekali.

Ø      Muktamar Sanawi ke 28 ( 1 April 2000 )

Diadakan di Pusat Latihan ABIM Kajang (PLA). Seramai 164 orang
telah hadir sebagai perwakilan dan pemerhati mewakili daerah
masing-masing

Ø      Penerangan Teras ABIM Hulu Langat ( 8 April 2000 )

Di adakan di Hulu Langat , dihadiri oleh YDP/ Setiausaha dan setiausaha Kewangan.Bertujuan membincangkan kelancaran program biro masing-masing.

Ø      Majlis Kesyukuran ( Alumni MENARA ) ( 16 April 2000 )

Penerangan TERAS ABIM zon utara. Diadakan di TASKI Andalas.
Dihadiri oleh Exco negeri, PEPIAS, pimpinan daerah Tg. Karang,
YDP, Setiausaha serta K.Biro pendidikan.

Ø      Jemputan Majlis Membantah Pembinaan Gereja ( 19 April 2000 )

Anjuran ABIM S.Alam. Pertemuan ABIM Negeri, dan PKPIM dan
ABIM UiTM S.Alam. Diadakan di Taman TTDI, Jaya.

Ø      Jemputan Program Ihsaniyyah ( 20 April 2000 )

Diadakan Kg Kantan , Ulu Langat. Terdiri daripada ABIM Pusat,
ABIM Negeri Selangor dan ABIM U.Langat

Ø      Tamrin UNITEN ( 22 April 2000 )

                  Sasaran adalah PKPIM, ABIM Negeri dan ABIM Serdang. Diadakan di Sg. 
                  Semungkit.

Ø      Hari Guru TASKI & TAHFIZ ( 20 – 21 Mei 2000 )

Diadakan di PPAK, Meru Klang. Terdiri daripada guru – guru
TASKI & TAHFIZ daerah Negeri Selangor . ABIM Negeri diwakili
oleh YDP dan Setiausaha.

Ø      Latihan Kaunseling ( 25 Jun 2000 )

Diadakan di TASKI ABIM Seksyen 24. Bertujuan persediaan untuk
peserta yang terlibat dalam program lawatan ke hospital TAR Klang.
15 jemputan telah hadir termasuk YDP dan Setiausaha. Ceramah
disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Nor Zuraida bt. Zainal,
Ketua HELWA Negeri Selangor.

Ø      Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ( 8 Julai 2000 )

Program dianjurkan Biro HELWA ABIM N. Selangor. Seramai 14
jemputan  telah hadir termasuk Ketua HELWA, S/U HELWA,
Setiausaha Negeri, Tn. Hj. Fuad Bahri (Mas’ul Usrah Seksyen 2,
Shah Alam ) dan guru – guru TASKI.

Ø      Perjumpaan dengan mufti Selangor ( 11 Julai 2001 )

Di adakan di pejabat Mufti, Bangunan SUK Shah Alam,
dihadiri oleh YDP Selangor , YDP Daerah Shah Alam dan
Ybbhg Ust. Mokhtar Redzuan.

Ø      Persidangan MASUDA ( 19 Ogos 2000 )

Diadakan di Intekma Resort. Penyertaan oleh YDP ,  setiausaha daerah
dan setiausaha negeri dan YDP negeri.

Ø      Solat hajat ( 30 Ogos 2000 )

Diadakan di TASKI Seksyen 24, Shah Alam.Dihadiri wakil exco
negeri  sempena anak – anak yang menduduki peperiksaan UPSR.

Ø      Tamrin Qiyadi Negeri Selangor ( 22 & 23 Oktober 2000 )

Program ini diadakan di PPAK, Meru. 38 orang peserta mewakili
daerah masing – masing . Bertujuan untuk memahami keampuan
gerakan dalam proses pentarbiyahan ummah , memahami unsur-
unsur kompleks dalam proses perubahan masyarakat dan sebagainya.

Ø      Program Menghadam Ucapan Dasar – MUDA ( 26 Oktober 2000 )

Seramai 33 orang telah menghadiri program ini yang bertempat di
restoran Pelima, Bandar Baru Bangi. Bertujuan menghayati ucapan
dasar muktamar presiden yang ke 29.

Ø      Program KERAMKA ( 20 – 24 November 2000)

Anjuran bersama ABIM Selangor, ABIM Daerah Klang dan
QIS T Consultant.

Sasaran pelajar 7 –16 tahun. Sambutan menggalakkan. Objektif
melahirkan generasi celik alquran.

Ø      Program Ihya Ramadhan ( 2 Disember 2000 )

Diadakan di PPAK, Meru. Sambutan menggalakkan. Iftor, Kuliah Maghrib, solat berjamaah , sahur serta kuliah subuh merupakan pengisian program.

Ø      Jamuan Hari Raya ( 17 Januari 2001 )

Diadakan di PPAK.Dihadiri oleh ibubapa TASKI dan ahli –ahli ABIM
daerah Klang.

Ø      Majlis Pertemuan Mantan ( 21 Januari 2001 )

Diadakan di Intekma Resort. Dihadiri  oleh mantan-mantan negeri
Selangor, exco ABIM Selangor dan pimpinan daerah masing-masing.
Antara tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim
antara mantan dan pimpinan. 

Ø      Majlis Mahabbah bersama Mantan ( 10 Mac 2001 )

Diadakan di Dewan An Najihah, Kompleks MAIS. Seramai  30 orang
yang menghadiri majlis ini . Program ini dijadikan program tahunan
sebagai menghargai jasa pimpinan senior dalam ABIM.

Ø      Minggu ABIM Bersama Masyarakat ( 24 – 31 Mac 2001 )

Klang dan Shah Alam menjadi tuan rumah  program ini.  Kira-kira 400
orang menghadiri hari perasmian ABIM Bersama Masyarakat dan
Pelancaran SRI Al Firdaus, Klang. Sambutan menggalakkan dari
masyarakat setempat. Wakil pusat yang merasmikan program ini ialah
Timb. Presiden ABIM Tn. Hj. Abd. Halim b. Abd. Rahman diiringi
Naib Presiden Datin Hajjah Fatini bt. Yaacob.

PENUTUP

Alhamdulillah dengan keterbatasan kemampuan ABIM Selangor masih dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat melalui program dakwah dan tarbiyah .

ABIM Selangor mengucapkan jazakallahu khairan kathira kepada semua yang
menjayakan program sesi 2000/2001. Mudah- mudahan Allah memberkati
perjuangan kita semua dalam menegakkan syiar Islam.



ABIM SELANGOR

Laporan 2000/01
Muktamar 2000
Biro Helwa
______________

Berita al-Firdaus
______________

ABIM DAERAH

Tanjung Karang
Sabak Bernam
Petaling Jaya
Hulu Langat
Shah Alam
Serdang
Sepang
Klang
Bangi

___________

ALAMAT KAMI
Pusat Pendidikan ABIM Klang,
Lot 2792 Bt. 8,
Jln Meru Mukim Kapar,
42200 Klang. Selangor.